Drama Band di Karnival Usahawan Desa (KUD) , Putrajaya by NienaShah

9:22 AM

ASSALAMUALAIKUM :)

Rasa macam dah lama tak update pasal band kesayangan aku nieh . . siapa ? siapa lagii kalau bukan Drama Band . . muahaha ;) dan rasa dah lama giler tak jumpa dengan abam abam Drama ! last jumpa time lepak lepak dengan diaorang (Drama) + Dramatics lepas diaorang perform dekat Anugerah Industri Muzik 19 (AIM19) .. brrpp lama sangat tu toqq !! -___-'

Tarikh 28 September 2013 bakal menjadi tarikh yang tak akan aku lupakan . sebab apa ? sebab tarikh itu lah yang buat aku jumpa dengan abam abam Drama Band buat kali ke-3 . . 

   * baru lengkap ada Ammar sekali ! steadyyy Drama Band !! *

Ceritanya cenggini , kebetulan mak aku teringin nak pergi Karnival Usahawan Desa (KUD) yang bertempat di Presint 2 , Putrajaya . Naaahhhh , kebetulan pulak aku tahu yang Drama Band nak perform dekat booth Media Prima . . * Peluang keemasan tak boleh dilepaskan ! * muehehe :p 

         * Dari sini aku tau dorang nak perform dekat KUD ! *

Start mula tunggu diaorang pukul 3 . Then dah pukul 3.30 petang macam tuh , mak aku mulai bertanya '' niena , mana Drama Band nyer ? lama lagi ke ?? '' . . aku cuba menenangkan mak dengan jawapan '' kejaplah mak , nak jumpa dengan Drama Band , dah lama tak jumpa dengan diaorang '' . . nasib family aku faham dengan karenah aku , selagi tak jumpa dengan orang tu , selagi tulah tak balik balik . . ngee =D . . Dalam pukul 4 macam tu dorang dah berkumpul dekat belakang ( tempat aku tunggu diaorang ) 

Aepul datang jea , Daus cakap kat Aepul '' Aepul . . nie nie , dramatics kita ! '' aku pun senyum lebar la gamaknyer . . hiks :p okayyy and then enjoy dengan persembahan akustik mereka . . diaorang bawak lagu macam biasa : Babak Pertama , Cerita Dia & Hanya Aku ( duet dgn Ronnie HyperAct ) 

            * Seluar kami sama ! tak ku duga , tak ku sangka ! =D *


                 * Time nyanyi lagu Hanya Aku bersama Ronnie ! *


                       * Gambaran dari belakang : by Shahroll *


       ** harap dapat jumpa korang lagi buat kali ke-4  lepas nie! =D

                              SEKIAN :D

You Might Also Like

0 comments