Selamat Pengantin Baru Aepul (DramaBand) & Leez Rosli ! by NienaShah :)
1:05 AM
ASSALAMUALAIKUM :)
Naaa , harini aku bukan nak update tentang Drama Band tapi tentang vokalis dia , baru harini berkesempatan nak update blog . . iyee tentang seorang NoorSyaiful Md Zalaludin atau dikenali sebagai Aepul Drama Band yang bertunang dengan Leez Rosli pada tahun lepas 11.12.13 . Dan sampai tarikh 27.12.2014 nie , ini adalah tarikh yang amat mendebarkan bagi seorang Aepul nie . . haaa ~~
Bertarikh 27 Disember 2014 , bertempat di Masjid Salehudin Al-Ayubi,Taman Melati , Kuala Lumpur . NoorSyaiful Md Zalaludin & pasangan Rosliza binti Rosli atau lebih dikenali sebagai Leez AF4 telah selamat dinikahkan oleh bapa Leez sendiri iaitu, Encik Rosli..
Aku baca dekat media sosial , ijabkabulnya sampai 3 kali . Dalam fikiran aku , fuhh berdebar punya pasal takkan sampai 3 kali lafaz kot . Naaa , bila tengok HLive ! wartawan Hazeman Huzir tanya pasal lafaz 3 kali dekat Aepul . Aepul steady jawab ' tukang akad nikahnya yang nervous , saya rileks je . ' * lebih kurang macam tu la ayat dia * whoaaa sempoi Aepul . .
Semoga bahagia sehingga ke jannah :)
Bila ditanya Apa Istimewa Aepul Dimata Leez ?
Leez jawab '' Dia antara insan yang banyak ubah saya jadi lebih baik . Dia tak sama dengan lelaki lain yang manis di mulut . Lagipun saya kenal dia bermula sebagai kawan . Dia sangat tegas dan kadang kala orang nampak dia macam garang orangnya . ''
'' Kalau dia tak suka sesuatu , dia cakap terus . Tapi ironinya , apa yang ditegur itu ada betulnya dan untuk kebaikan bersama . Dialah insan yang banyak jaga saya dari A hinggalah Z '' , katanya - Sumber dari BH Online -
Sangat somel la korang ! sweet couple forever ! :)
Okay seorang Aepul dah selamat mendirikan rumahtangga . Yang lain bila pulak erk ?? Adib & Daus pulak menanti untuk membina mahligai yang indah . Niena doakan yang baik baik untuk korang semua . sama jugak dengan Faeez & Ammar ;)
Seorang Aepul bersama Seorang Faeez , Adib , Daus & Ammar ;)
SEBAGAI SALAH SEORANG DARI #DRAMATICS , NIENA UCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AEPUL DAN LEEZ . SEMOGA BAHAGIA KE ANAK CUCU CICIT CIUT PIUT . HUHUHU ! SEMOGA MAHLIGAI INDAH INI AKAN BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT . SEMOGA AEPUL MENJADI SUAMI YANG BAIK KEPADA LEEZ DAN BEGITU JUGA LEEZ .
SEKIAN :D
0 comments